Search This Blog

Tuesday, January 26, 2010

Buah Tarap Buah Unik

Salam..

Pada post kali ini saya akan berkongsi dgn anda ttg satu buah yg 'unik' , 'pelik' tapi benar..(pandai2 ja kn saya, hantam saja la..) .. Adakah anda sudah bersedia dgn apa yg bakal anda ketahui? Jika ya teruskanlah membaca..

Ada sesiapa yg tahu apa itu
Buah Tarap?



Buah Tarap atau nama saintifik Artocarpus odoratissimus adalah sangat unik d negeri sabah... Ini kerana Buah ini jarang didapati di semenanjung malaysia.. Bahkan ada kawan2 saya yg berasal dr Johor, Pahang, Kelantan yg tidak tahu langsung bagaimana rupa Buah Tarap... Ada sekali tu saya 'ter'bawa Buah tarap balik ke UTM dari sabah, kawan2 saya PELIK dan TERPEGUN melihat Buat Tarap... kawan2 saya mengatakan rasa Buah Tarap seperti Buah Nona.. Betul ka tu?



Pokok Tarap seakan-akan pokok sukun

Luaran Buah Tarap seperti Buah
Sukun, daunnya juga hampir sama.. Isinya seakan-akan buah cempedak dan saiz yg hampir sama tetapi isinya sgt lembut, manis dan mempunyai bau yg kuat.. tp tidak la sekuat bau Durian. Buah Tarap boleh dimakan begitu saja atau dibuat cekodok atau cucur tarap (sedap oohh..) Buah ini sgt senang dibuka apabila sudah masak, pakai tangan pun boleh, tidak payah guna pisau@parang seperti buka buah durian atau nangka.. sebab tu la kalau jolok buah ini dr atas pokoknya, jangan sampai jatuh ke tanah dgn serta merta kerana isinya akan rosak sebelum sempat dimakan.. rugi-rugi...

Bukan setakat isinya sahaja yg boleh dimakan, malahan bijinya juga boleh digoreng dan dimakan.. rasanaya seperti kacang goreng.. ummm.. sadap juga tu (teringat pula d kampung)..
Kalau mo mkn buah tarap bnyk2.. jemput lah datang rumah saya di Kg Bariawa Ulu, Keningau, Sabah..


Buah Tarap yg sudah masak



Wah.. Sedapnya buah tarap..



Siap untuk dimakan..



Sehingga menjilat jari jemariku..


Boleh juga dibuat cucur Tarap...



No comments:

Post a Comment