Search This Blog

Monday, January 25, 2010

Kampungku Kg Bariawa Ulu..

Salam semua...

Dalam topik ini, saya akan menceritakan serba sikit kampung saya iaitu kampung yg diberi nama KG BARIAWA ULU, KENINGAU, SABAH...


Kg.bariawa ulu merupakan salah sebuah kampung yang terletak di jalan kilometer 4 keningau-kimanis menerusi jalan berturap yang telah siap sepenuhnya. Jalan berturap yang siap dibina tersebut menghubungkan kampung bariawa ulu dan kawasan sekitarnya. Ini telah menjimatkan masa penduduk untuk pergi ke pekan keningau menerusi jalan yang lebih selesa. Apa yg manarik ttg kampung ini ialah, ianya terletak di atas bukit yg pada mulanya terdiri drpd pokok-pokok getah sahaja.. saya juga difahamkan bahawa pada mulanya hanya beberapa saja rumah yg terbina di atas bukit (yang dikenali sbg kg bariawa ulu sekarang).. Jadi tidak hairanlah air di Kg ini sangatlah sejuk terutamanya pd waktu pagi kerana kedudukan Kg ini yg agak tinggi...

Sebagai maklumat tambahan, pada masa ini telah ramai pengguna jalan raya yang telah menggunakan jalan keningau-kimanis untuk menuju ke kota kinabalu dan kawasan sekitarnya seperti sipitang,beaufort,papar,penampang dan inanam. Berdasarkan pengalaman sendiri, jalan keningau kimanis ini agak curam. Adalah dinasihatkan kepada para pemandu yang menggunakan jalan ini agar lebih berhati hati dan mengurangkan kelajuan lebih lebih lagi apabila melalui kawasan perkampungan,kerana keadaan jalan yang curam, dan mendaki. Berdasarkan kes sebelum ini, telah berlaku kemalangan yang turut mengorbankan nyawa seorang penduduk kampung bariawa ulu yang ketika itu berada di tepi jalan raya berdekatan dengan kebunnya apabila turut dilanggar oleh lori yang dipandu cuai. Kg.bariawa ulu, sempena dengan nama sebatang sungai diberi nama sungai bariawa ulu, sesuai dengan kedudukan kampung ini di bahagian hulu.suasana daerah keningau dapat dilihat dengan jelas di kampung ini pada waktu malam, siang kecuali dalam keadaan berjerebu atau kabus tebal.

Secara keseluruhan, penduduk Kg. Bariawa Ulu terdiri daripada mereka yang berbangsa Dusun, dan sebilangan kecil bangsa Bisaya. Majoritinya terdiri daripada bangsa Dusun dan beragama Islam. Walau bagaimanapun, Kg. Bariawa Ulu terbahagi kepada 2 bahagian. Sebilangan daripada mereka yang bukan beragama Islam mendirikan penempatan di kawasan berhampiran dengan tanah milik mereka. Lama kelamaan ianya menjadi kawasan penempatan yang juga dikenali sebagai Kg. Bariawa Ulu . Kesimpulannya, kawasan Kg. Bariawa Ulu adalah luas. Perlu diingatkan juga bahawa faktor penempatan dipengaruhi oleh faktor pemilikan tanah. Walaupun Kg. Bariawa Ulu terbahagi 2, namun ini bukan menjelaskan bahawa penduduk di sini berpuak. Kerjasama diantara penduduk dan etika bermasyarakat tetap wujud diantara penduduk..

klik untuk info seterusnya...

1 comment:

  1. nk tye sikit la kt kampung awk tu kan ada x nme dia liaqat ali. bapak dia owg paksitan emk dia owg melayu, ada tk lau ada sy nk gambar dia, tolong ar....

    ReplyDelete